PENGENALAN PULAU REDANG
Pulau Redang terletak di luar pantai Negeri Terengganu.Ia adalah sebuah pulau tercantik di dunia.Pelbagai hidupan marin yang biasa dan luar biasa dapat di lihat dan terumbu karang pelbagai jenis di dapati.Taman laut (Marine Park)menjadi salah satu destinasi wajib d kunjungi para pelancong luar dan dalam negeri.
AKTIVITI
Aktiviti aktiviti yang biasa di lihat adalah aktiviti snorkeling yang sangat popular.Pantainya yang landai dan cetek dan pasirnya yang putih bersih di tambah lagi airnya yang jernih.Anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat kehidupan marin yang beraneka jenis bentuk dan warna.Ikan ikan yang sangat jinak jinak seperti di pelihara.Mereka akan menghampiri anda jika di tangan anda ada makanan seperti roti dan biskut.Anda tidak perlu berenang jauh untuk snorkeling kerana ianya berlaku di tepi pantai yang sudah di tanda dengan pelampung sempadan.tanda sempadan ini telah di letak oleh pihak Jabatan Laut.Snorkeling ialah aktiviti yang paling selamat dan sesuai untuk semua peringkat umur.yang paling penting anda selalu di pantau dan di jaga oleh budak beachboy.
Satu lagi aktiviti yang popular di sini ialah scuba diving.Scuba diving hanyalah mereka yang terlatih dan di tauliah oleh instructor bertauliah.peralatan termasuklah kelengkapan khas,tangki oksigen ada disediakan oleh pihak resort atau dive center.Aktiviti ini sangat popular bagi pelancong luar atau dalam negara.
Sukan bermotor tidak di benarkan di Pulau Redang atau kawasan taman laut kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada terumbu karang yang terdapat di kawasan taman laut Pulau Redang.
Taman Laut adalah kawasan yang terpelihara. Pelancong di larang sama sekali mengambil memiliki atau memegang sebarang semua jenis kehidupan laut dari kawasan taman laut.Pihak berkuasa seperti Agensi agensi kerajaan Polis Marin , Jabatan Laut APMM dan sebagainya sering kelihatan kerana demi menjaga perairan negara dan menjaga khazanah yang ada di sekitar Pulau Redang dari di ceroboh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sebarang Pertanyaan Boleh menghubungi / whatsapp 0179570057 (saiful)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan